Saturday, April 28, 2012

Celik Mata Reset Minda: Pekerja


Mohon tinggalkan persoalan berkaitan pekerja di ruang komen. Hanya 50 soalan yang berkaitan akan terpilih untuk dijawab.

Terima kasih.

8 comments:

  1. Assalamualaikum prof.apakah maksud bertawakal kepada allah? Bagaimanakah kita mahu meyakinkan hati yang kita harus bertawakal kepada allah terutama dlm urusan bekerja.

    ReplyDelete
  2. Assalam prof
    bagaimana cara yang terbaik untuk menghormati pekerja senior?bagaimana dari segi menyuarakan pendapat kepada pekerja senior sedangkan mereka lebih berpengalaman dalam bekerja?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum prof...bagaimana nk menjaga hati rakan sekerja yang sudah lama tidak bertegur sapa?...walaupun telah menohon maaf tp beliau ttp berdiam dan masih dingin?..dan bagaimana pula menangangi org ketiga yg menjadi dalang dan mengadu domba?..terima kasih prof

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Prof.
    Saya dah setahun lebih bekerja dengan syarikat seorang Islam,niat hati masuk kerja dengan penuh semangat dan nak membantu menambah baik perniagaan bos.Peringkat awal tak pernah berkira untuk claim kerja lebih waktu walau gaji cukup2 saja.Tapi bos minta supaya "punch card" dengan rasa di hati bahawa beliau xpercaya dengan waktu bekerja kami dan kami mula claim kerja lebih waktu. Dari hari ke hari, semakin banyak idea untuk membantu menambah baik perkhidmatan dan perniagaan tapi bos tidak dapat menerima pendapat dan mengatakan bahawa dia dah meniaga lama, tapi cara dia guna dah ketinggalan di zaman IT ni. Agak selalu bertekak dengan bos, hati semakin sakit, niat bekerja ikhlas pun dah makin kurang. Tapi terpaksa bekerja untuk menampung keperluan untuk membayar hutang pelajaran dulu. Minta bantuan prof,bagaimana saya ingin mengekalkan keikhlasan saya untuk terus bekerja dan mendapat gaji yang penuh berkat. Tolong berikan kata-kata nasihat untuk saya, kerna niat saya bekerja untuk bahagia dunia akhirat..terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dr. Muhaya, sudah 8 tahun saya bekerja di syarikat saya ni, Alhamdulillah. Tapi saya ada superior yang baru 3 tahun dan senior manager. (Non muslim)saya yang baru 2 tahun kerja disini. Memandangkan saya dah lama, maka ramailah orang saya kenal. Saya suka mengamalkan kerja secara berpasukan, namun superior saya ni macam tidak puas hati bilamana orang selalu liaise/deal dgn saya. Sbb superior saya ni suka membuatkan keputusan sendiri tanpa musyawarah. Jadi selalu timbul masalah disebabkan keputusan beliau tu. Sekarang beliau sedang mempengaruhi semua rakan-rakan sekerja saya yg lain mengenai saya. Saya serah pada Allah saja,apa nak jadi. Manakala senior manager saya pula tidak pernah mengambil tahu kerja saya sbb beliau bukan dari bidang teknikal. Samalah, superior pon bukan bidang teknikal. Saya cuba menyuarakan ketidakpuasan saya kepada superior dan senior manager ini tapi tidak diendahkan. Bila tiba assessment, superior dan senior manager tidak endahkan pon untuk challenge kerja saya pada pihak atasan. Jadi sayalah satu-satunya gred paling bawah dalam department saya ni, walaupon semua org minta gred saya tinggi drpd skrg memandangkan saya yg byk buat kerja dan keputusan dan juga sudah lama bekerja. Saya serah rezeki pada Allah saja. Apa pendapat Dr?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, Prof.
    Bagaimana menangani kerenah ketua yang kurang berpengetahuan serta agak kasar apabila berurusan dengan staf? Saya melihat beliau mengurus dan membuat keputusan seumpama bersangka buruk kepada orang. People are generally lazy, suka take advantage, hendak senang kerja dll. Kadang-kadang dia macam berdendam pada staf. Generally keputusan dia sahaja yg betul. Apabila berbincang mesti suara tinggi dan marah2. Mula dulu sy agak bertegang dgnnya. Tapi lately, sy dan kawan-kawan give up. Bila meeting dia sorang saja bercakap dan beri arahan. Kami berdoa yang dia akan sedar sendiri yang cara pengurusan menyakitkan staf. Ada sorang dua staf yang sudah mohon tukar ke jabatan lain kerana tidak tahan. Yang lain just buat dont know saja. My worry is that jabatan ini akan collapse. Pandai bermuka-muka dengan eksektutif tinggi and they think she is good. Entahlah..help!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum prof.

    saya seorang guru (pengalaman lebih 5 tahun) yang sentiasa mencuba yang terbaik untuk anak didik saya.. saya bpindah sekolah di kawasan berdekatan tempat tinggal saya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengajar. tapi sejak 2 tahun yg lepas, saya selalu merasa takut dan tiada semangat untuk bekerja memandangkan saya seringkali terkena gangguan seksual dari pelajar2 yang tak pernah saya ajar pun. saya cuba melihat balik pada diri saya - saya tak pernah berpakaian seksi, sebolehnya berjubah, paling kurang berbaju kurung.. kbaya dan kurung moden tak pernah ada dalam koleksi saya. saya dah cuba pindah sekolah dan lapor hal ini kepada unit hal ehwal murid dan bahagian disiplin, tp tiada tindakan dapat dibuat kerana takda pekeliling yg melindungi keselamatan guru. murid2 hanya dihukum kerana melakukan vandalisme sahaja (menulis n melukis bahan2 lucah di meja makmal n mention nama saya dgn jelas)

    saya berserah pada ALLAH.. cuma saya juga kesiankan anak didik saya yang setia n sedia menerima pengajaran saya.. sehingga skrg saya belum memperoleh semangat untuk bangkit. untuk pengetahuan prof, saya juga sukar mendapat zuriat (mungkin kerana keadaan saya selalu stress) dan pihak pentadbir yang kurang memahami keadaan saya, saya sentiasa dihujani dengan pelbagai task kerana kononnya saya tiada komitmen penting (tidak mempunyai anak. keadaan ini membuatkan saya tiada masa untuk diri sendiri. stiap hari saya meluangkan masa di sekolah hampir 12 jam (kuar rumah 7 pg, balik rumah 7 ptg) kerana tidak mahu membawa pulang kerja2 sklh dan ingin menumpukan perhatian kepada suami dan rumah.

    saya sentiasa berasa letih walaupun telah cukupkan tidor 6 jam setiap hari. saya minum air kosong dgn sangat banyak juga, kononnya dapat redakan stress. saya cuba supplement habbatus sauda, cuka kurma dan madu.. tapi nampaknya tidak memberi kesan.. mungkin disebabkan saya diserang secara mental dan fizikal. suami saya hanya ulang perkataan SABAR kepada saya.

    baru2 ini terjadi gangguan seksual yg lebih teruk dari murid kepada saya. saya tak mampu ke sekolah dan sedang menghabiskan sisa2 cuti rehat yang saya ada kerana terlalu takut. saya cuba pindah sklh tapi permohonan saya masih KIV di PPD dan JPN. saya rasa saya perlukan seseorang untuk membantu memulihkan keadaan saya... harap saya mendapat beberapa panduan dari prof untuk atasi masalah ini... terima kasih

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum prof.
    bolehkah kita menilai seseorang melalui raut wajahnya??
    adakah wajah melambangkan hati seseorang?
    jika bersih mukanya melambangkan hatinya yang bersih dan jika mukanya berparut dan berjerawat itulah bentuk hatinya???

    ReplyDelete