Friday, April 27, 2012

Celik Mata Reset Minda: Guru


Mohon tinggalkan persoalan berkaitan guru di ruang komen. Hanya 50 soalan yang berkaitan akan terpilih untuk dijawab.

Terima kasih.

1 comment:

  1. assalamualaikum prof.

    saya seorang guru (pengalaman lebih 5 tahun) yang sentiasa mencuba yang terbaik untuk anak didik saya.. saya bpindah sekolah di kawasan berdekatan tempat tinggal saya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengajar. tapi sejak 2 tahun yg lepas, saya selalu merasa takut dan tiada semangat untuk bekerja memandangkan saya seringkali terkena gangguan seksual dari pelajar2 yang tak pernah saya ajar pun. saya cuba melihat balik pada diri saya - saya tak pernah berpakaian seksi, sebolehnya berjubah, paling kurang berbaju kurung.. kbaya dan kurung moden tak pernah ada dalam koleksi saya. saya dah cuba pindah sekolah dan lapor hal ini kepada unit hal ehwal murid dan bahagian disiplin, tp tiada tindakan dapat dibuat kerana takda pekeliling yg melindungi keselamatan guru. murid2 hanya dihukum kerana melakukan vandalisme sahaja (menulis n melukis bahan2 lucah di meja makmal n mention nama saya dgn jelas)

    saya berserah pada ALLAH.. cuma saya juga kesiankan anak didik saya yang setia n sedia menerima pengajaran saya.. sehingga skrg saya belum memperoleh semangat untuk bangkit. untuk pengetahuan prof, saya juga sukar mendapat zuriat (mungkin kerana keadaan saya selalu stress) dan pihak pentadbir yang kurang memahami keadaan saya, saya sentiasa dihujani dengan pelbagai task kerana kononnya saya tiada komitmen penting (tidak mempunyai anak). keadaan ini membuatkan saya tiada masa untuk diri sendiri. stiap hari saya meluangkan masa di sekolah hampir 12 jam (kuar rumah 7 pg, balik rumah 7 ptg) kerana tidak mahu membawa pulang kerja2 sklh dan ingin menumpukan perhatian kepada suami dan rumah.

    saya sentiasa berasa letih walaupun telah cukupkan tidor 6 jam setiap hari. saya minum air kosong dgn sangat banyak juga, kononnya dapat redakan stress. saya cuba supplement habbatus sauda, cuka kurma dan madu.. tapi nampaknya tidak memberi kesan.. mungkin disebabkan saya diserang secara mental dan fizikal. suami saya hanya ulang perkataan SABAR kepada saya.

    baru2 ini terjadi gangguan seksual yg lebih teruk dari murid kepada saya. saya tak mampu ke sekolah dan sedang menghabiskan sisa2 cuti rehat yang saya ada kerana terlalu takut. saya cuba pindah sklh tapi permohonan saya masih KIV di PPD dan JPN. saya rasa saya perlukan seseorang untuk membantu memulihkan keadaan saya... harap saya mendapat beberapa panduan dari prof untuk atasi masalah ini... terima kasih

    ReplyDelete