Saturday, April 28, 2012

Celik Mata Reset Minda: Pembantu Rumah


Mohon tinggalkan persoalan berkaitan pembantu rumah di ruang komen. Hanya 50 soalan yang berkaitan akan terpilih untuk dijawab.

Terima kasih.

3 comments:

  1. Askm Prof Muhaya,

    Saya seorang ibu bekerja dan mempunyai pembantu rumah berbangsa Filipina. Pembantu saya kuat pegangannya kepada agama Kristian - di dalam biliknya terdapat gambar Virgin Mary dan lambang salib, dan setiap hari dia akan membaca Bible.

    Saya mempunyai 2 anak kecil berumur 4 dan 5 tahun. Saya tidak rasa (dan juga tidak pernah lihat) pembantu saya mengajar mereka mengenai agama Kristian. Tetapi saya risau kerana sejak kebelakangan ini, saya sering diajukan anak-anak soalan2 seperti, "Kenapa kita kena baca bismillah masa nak makan, ibu? Kakak (gelaran utk pembantu) baca benda lain..". Mereka menghabiskan banyak masa menemani pembantu melipat kain atau menggosok baju dan sudah tentu mereka pernah melihat pembantu memegang salib atau membaca Bible.

    Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya risau waktu yang terbatas dengan anak-anak akan menyebabkan mereka lebih terdedah dan terikut pembantu saya dari segi ini. Bila pulang ke rumah, saya akan pastikan yang tugas menjaga anak saya ambilalih, tetapi waktu kerja saya tidak selalunya 9 to 5 (saya peguam), dan bila sampai ke rumah adakalanya anak-anak telahpun tidur.

    Bukan tidak cuba untuk mencari pembantu beragama Islam sebelum ini, tetapi rata-rata calon2 yang diberikan agen tidak sesuai (e.g. depressed, lari mengikut kekasih Nepal, mental tak stabil kerana meroyan). Pembantu Filipina ini sahaja kelihatan agak baik dan penyayang dengan kanak-kanak daripada semua calon yang diberikan.

    Apa nasihat Profesor untuk cara terbaik menangani situasi saya sekarang ini? Kontrak saya dengan pembantu sekarang masih ada lagi setahun, dan jika dibatalkan terpaksa keluar belanja yang mahal sekali lagi.

    Segala pandangan Profesor amat saya hargai.

    Terima kasih - Lina.

    ReplyDelete
  2. Dakwah,Taklim,Ibadah,Khidmat...semua umat hidupkan amal masjid..malah dirumah amal seperti di masjid...taklim,ibadah,khidmat,dakwah..hanya cara Rasulullah s.a.w semua masalah akan selesai. Dijemput hadir 1,2 & 3 April 2016 di Masjid Jamek Seri Petaling,KL Malaysia kerana majlis istima untuk belajar untuk menyempurnakan agama serta fikir risau Nabi s.a.w iaitu dengan keluar dijalan Allah s.w.t diseluruh alam InsyaAllah. Zon SELANGOR & PUTRAJAYA PADA 30 APRIL, 1&2 MEI 2016 INSYAALLAH SEMUA MUSLIMIN DIPERSILAKAN HADIR.

    ReplyDelete
  3. Dakwah,Taklim,Ibadah,Khidmat...semua umat hidupkan amal masjid..malah dirumah amal seperti di masjid...taklim,ibadah,khidmat,dakwah..hanya cara Rasulullah s.a.w semua masalah akan selesai. Dijemput hadir 1,2 & 3 April 2016 di Masjid Jamek Seri Petaling,KL Malaysia kerana majlis istima untuk belajar untuk menyempurnakan agama serta fikir risau Nabi s.a.w iaitu dengan keluar dijalan Allah s.w.t diseluruh alam InsyaAllah. Zon SELANGOR & PUTRAJAYA PADA 30 APRIL, 1&2 MEI 2016 INSYAALLAH SEMUA MUSLIMIN DIPERSILAKAN HADIR.

    ReplyDelete