Saturday, April 28, 2012

Celik Mata Reset Minda: Ibu Muda


Mohon tinggalkan persoalan berkaitan ibu muda di ruang komen. Hanya 50 soalan yang berkaitan akan terpilih untuk dijawab.

Terima kasih.

9 comments:

  1. Assalamualaikum Prof Muhaya,

    Saya merupakan seorang ibu yang berusia 25 tahun. Mempunyai 2 orang anak perempuan. Bagaimana hendak mendidik anak yang bijak, tetapi degil? Kedegilannya mengikut moodnya. Moodnya baik, kurang degil, tapi kalau tak baik, degilnya bertambah-tambah.

    Sebagai ibu muda, saya cepat marah dan selalu meninggikan suara untuk menarik perhatian anak tersebut. Mohon prof beri cara yang terbaik untuk mendidik anak dan bagaimana untuk menjadi ibu yang lembut tetapi tegas tanpa perlu meninggikan suara.

    Sekian, terima kasih Prof Muhaya.

    ReplyDelete
  2. Saya pun menghadapi masalah yang sama, Saya berusia 27thn, anak saya lelaki berusia 2thn. Kenakalan nya, fuh...tercabar juga kesabaran saya..kadang2 saya akan tinggikan suara dengannya atau jentik telinga atau pukul tangan dia. Dia juga seorang yang suka melempar barang kalau mengamok dan suka memukul semula bila kita pukul dia..mcm mana ye Dr?? ada doa2 yang boleh Dr berikan juga?

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Prof,

    Saya ada 3 orang anak kecil 4, 2 dan 0.5 tahun dan pelajar sepenuh masa. Saya tahu apa nak dibuat tetapi saya tak tahu bagaimana nak buat:

    1. bersabar dengan karenah anak2 kecil
    2. meraikan anak-anak
    3. kerja rumah yang tak pernah habis
    4. menyeimbangkan masa belajar dan tanggungjawab terhadap anak2

    terima kasih prof..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Prof,

    Saya seorang ibu muda yang mempunyai 2 orang anak berumur 5 tahun dan 4 tahun.Kedua-duanya perempuan. ALhamdulillah.Saya juga seorang pelajar sepenuh masa dan sekarang sedang menuntut di luar negara.

    Masalah saya ialah:
    1.Karakter kedua-dua anak yang sangat berbeza antara satu sama lain. Bagaimana saya boleh seimbangkan di antara keduanya. Wujud juga perasaan cemburu di antara mereka,jika saya "terlebih"yang seorang lagi.

    2. Anak saya kedua-duanya suka menjerit. Mungkin juga saya sibuk dgn belajar dan kerja rumah. Tetapi saya telah habis sedaya upaya melayani mereka di rumah,sehingga kadangkala tidak dapat meluangkan masa bersama suami.

    TERIMA KASIH PROF.
    HARAP DAPAT NASIHAT.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Prof,

    Saya seorang ibu berusia 30 tahun bekerjaya dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun. Saya juga mempunyai 3 adik yang masih belajar yang di bawah tanggungan saya kerana ibu bekerja menyapu sampah dan ayah sudah berpencen dan uzur. Seorang lagi adik saya ketinggalan dalam pelajaran dan agak liar kerana perceraian ibu bapa. Saya sukar menumpukan perhatian untuk mendidik anak saya kerana terpaksa memberikan perhatian kepada masalah ibu bapa dan adik-adik terutama dari segi kewangan. Hampir setiap hari ayah atau ibu atau adik menghubungi saya mengadukan masalah masing-masing hingga menjejaskan emosi dan kesabaran saya apabila berhadapan dengan kerenah anak di rumah akibat terlampau banyak perkara yang perlu saya fikirkan termasuk urusan kerja. Saya amat berharap agar Prof dapat memberikan nasihat bagaimana harus saya menghadapi situasi sebegini.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum prof.. Saya seorang ibu bekerja berusia 31!thn dan mempunyai 4org anak lelaki berusia 4 thn, 2 tahun (kembar) dan 9 bulan.. Keempat empatnya sgt aktif..alhamdulliah. Namun kesemuanya selalu bergaduh, berebut mainan, menjerit dan tidak mendengar arahan. Saya sediakab sebuah bilik playroom tp masih suka bermain diruang tamu. Keadaan rumah yg bersepah, anak2 yg suka menjerit menyebabkan suasana rumah kelam kabut dan saya kini bertambah stress apibal si kecil pula tidak mahu berenggang dengan saya walaupun untuk ke tandas. Saya dan suami kini kerap bertengkar apabila terlalu rigid dengan anak-anak dan tidak boleh fleksible dengan keadaan rumah yang berselerak. Memang benar, saya kerap menaikkan suara, menengking anak-anak apabila arahan tidak didengar. Saya harap prof dapat memberi tips atau motivasi atau prof betkongsi pengalaman mendidik anak anak kecil ini.. Saya menjadi takut jika anak mula membenci saya dan tidak mengendahkan saya suatu hari nanti.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum prof..
    Saya seorang ibu bekerja, umur 28thn, suami sebaya, anak seorang berumur 15bulan. Saya sentiasa berazam untuk menjadi isteri & ibu yg baik & solehah, tetapi saya selalu cepat penat selepas pulang dari kerja. Dan biasanya akan menjadi 'grumpy' apabila terlampau letih untuk uruskan tugas sbg ibu & isteri.
    Rutin harian saya ialah keluar bekerja seawal 6.30pg, dan selalunya sampai rumah petangnya pada pukul 7.20mlm. Pada pukul 8.30 - 9.30mlm biasanya saya akan susukan anak saya (masih menyusu badan, alhamdulillah) dan selalunya akan tertidur bersama anak saya. Jika saya tidak terlampau penat, saya akan terbangun semula dalam pukul 2 - 3pg, tetapi akhir-akhir ini saya selalu bangun pukul 4.30 - 5pg. Dan yang sedihnya inilah waktu saya solat Isya'.
    Saya sentiasa berniat untuk perbaiki diri dan solat sebelum tidur, tetapi selalu tewas dengan alasan kepenatan bekerja, mengantuk & bisikan syaitan.
    Saya ingin minta bantuan, nasihat & tips dari prof untuk atasi masalah ini. Mungkin ada amalan2, motivasi dan supplement yang dapat membantu.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum prof..sy seorg ibu berumur 25 tahun..sy merupakan graduan dari salah satu IPTA..skrg sy dilema apabila sy mempunyai anak yg mana yg tidak thu samada nhu bekerja atau menjadi surirumah sepnuh masa..sudah bnyak panggilan temuduga oleh syrikat dan bdan kerajaan namun sy tidak dpt membuat keputusan kerana memikirkan anak yg berusia 2 thun ..sy xsanggup melihat anak sy dibwah jgaan org lain melainkan ibu sy krna sy berfikir bhawa pada msa skrg anak2 yg membesar memerlukan penjagaan dari ibu bapa..suami sy menggalakkan sy menjadi surirumah sepnuhmsa memandangkan kewangan kami yg stabil..namun bgitu sy rasa bersalah terhadap ibu yg inginkan sy bekerja stelah hbis bljar..hrap prof dapat membantu sy menyelesaikan maslah ini,.terima kasih..

    ReplyDelete