Saturday, April 28, 2012

Celik Mata Reset Minda: Anak


Mohon tinggalkan persoalan berkaitan anak di ruang komen. Hanya 50 soalan yang berkaitan akan terpilih untuk dijawab.

Terima kasih.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Semoga diberkati Allah hendaknya..
    Sebagai manusia biasa yg tidak sempurna saya juga bisa melakukan kesalahan tanpa sedar,Allahummagh firlana...

    Prof,
    Saya bersyukur dikurniakan ibu bapa yang amat baik pada saya.Namun, kadang-kadang,sebagai seorang anak sulung tidak dinafikan tekanan demi tekanan yg saya rasakan apabila pulang ke kampung terutama bila disebut tentang pekerjaan krn saya msh belum punya pekerjaan tetap slps tamat ijazah sedang saya msh cuba memperoleh kerjaya yg tetap. Apakah yang perlu saya lakukan supaya saya sentiasa positif dan apakah kata-kata yg perlu saya ungkap pada ibu dan ayah agar saya tidak menyakiti hati mereka?

    Saya masih belum berkahwin pada usia 25 tahun. Pernah ibu bapa saya menyuruh saya perkenalkan calon suami jika saya sudah bersedia. Namun, dukacita sekali apabila ibu seolah-olah tidak mahu menerima lansung calon yang saya rasa sesuai setelah ayah setuju.(saya mengenali calon tersebut ketika menuntut di maahad dan kami jarang bersemuka). Saya buntu dan rasa bersalah krn keluarga sblh pihak lelaki tertunggu2 jwpn dr pihak saya walhal sudah 2 bulan pihak lelaki merisik tanya. Apabila bertnya pada ibu bagaimana dgn calon yg saya kenalkan, ibu dan ayah tiada jawapan dan sentiasa mengelak apabila saya sebut ttg kahwin. Apabila saya minta ibu ayah carikan calon, mereka menolak dan menyuruh saya sendiri memilih. Saya mampu bersabar dan banyak mendekatkan diri pd Allah apabila saya tahu pihak lelaki sudah menarik balik niatnya utk meminang. Buat masa sekarang, saya mampu memberi senyuman kpd ibu dan ayah walaupn dalam hati terbuku perasaan dan tertanya2 apakah sebenarnya yg ibu dan ayah mahukan dr saya.

    Mohon kebijaksanaan prof untuk bantu saya...
    Terima kasih..semoga Allah merahmati prof dunia akhirat.

    ReplyDelete